Vivo baru sahaja melancarkan model baru untuk siri Vivo-S iaitu Vivo S1 Pro. Peranti ini hadir dengan skrin sebesar 6.39 inci dengan resolusi FullHD+ serta dikuasai oleh pemproses Snapdragon 675. [AdsPost]
Ia juga memiliki kamera selfie popup 32 Megapixel yang menyerupai model Vivo V15 Pro yang telah dilancarkan baru-baru ini. Untuk kamera utama, Vivo S1 Pro menawarkan 48 Megapixel sensor, 8 Megapixel lensa Ultrawide serta 5 Megapixel untuk sensor bokeh.
Vivo S1 Pro hadir dengan 6GB dan 8GB RAM dengan dua pilihan memori iaitu 128GB dan 256GB. Fungsi lain yang hadir termasuk pengimbas cap jari dibawah skrin, bateri 3700 mAh dengan pengecasan pantas 22.5w serta dijalankan pada Android 9.0 Pie. Spesifikasi Penuh seperti dibawah.
Spesifikasi Vivo S1 Pro
- Skrin Super AMOLED 6.3-inci dengan resolusi 2340 × 1080 pixels
- Cip Snapdragon 675 CPU dengan Adreno 612 GPU
- Pilihan memori 6GB RAM / 256GB dan 8GB RAM / 128GB,
- Android 9.0 (Pie) dengan Funtouch OS 9
- Sistem tiga kamera 48MP (f/1.78) + 8MP (f/2.2) + 5MP (f/2.4)
- 32MP kamera selfie pop-up
- Pengimbas cap jari dibawah skrin
- 3.5 mm audio jack
- USB Type-C port
- Bateri 3700mAh dengan pengecasan pantas 22.5w
Vivo S1 Pro hadir dalam dua pilihan warna iaitu merah dan biru dengan harga 2698 Yuan atau bersamaan RM1699 di Malaysia untuk model 6GB /256GB.