Harga Vivo Y17 Malaysia

Bagi yang sedang mencari smartphone dibawah harga RM1000, Vivo Y17 salah satu pilihan untuk anda. Vivo Malaysia baru sahaja melancarkanya untuk pasaran tempatan yang kini boleh didapati dengan harga RM999.

Vivo Y17 bawakan skrin bersaiz 6.35 inci dengan resolusi HD+ 720 x 1544 pixel. Peranti ini juga hadir dengan cip MediaTek Helio P35, 4GB RAM serta 128GB memori dalaman.

Vivo Y17 mengfokuskan kepada penggunaan yang lebih tahan lama. Oleh sebab itulah ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Harga Vivo Y17 Malaysia

Untuk kamera, peranti mampu milik ini menawarkan tiga lensa AI di bahagian belakang. Lensa utama 13 Megapixel F2.2, 8 Megapixel untuk lensa sudut lebar dan 2 Megapixel untuk bokeh. Bagi selfie pula, Vivo Y17 didatangkan dengan lensa 20 Megapixel yang terletak pada takuk kecil pada bahagian atas skrin.

Harga Vivo Y17 di Malaysia ialah RM999 yang boleh ditempah bermula sehingga 10 May. Pembeli terawal akan menerima speaker Bluetooth secara percuma.