Xiaomi Redmi Note 7 Putih

Xiaomi Malaysia telah mengeluarkan warna baru untuk Xiaomi Redmi Note 7 yang kini boleh didapati dalam pilihan warna putih. Ia boleh didapati di Lazada Malaysia dengan harga RM799 untuk model 64GB.

Xiaomi Redmi Note 7 ditawarkan di pasaran tempatan pada March yang lalu. Ia merupakan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan skrin 6.3 Inci FHD+ dengan cip Snapdragon 660 serta tiga pilihan memori iaitu 32GB, 64GB dan 128GB. Namun untuk pilihan warna putih hanya ditawarkan untuk model 64GB buat masa ini.

Redmi Note 7 juga menawarkan sistem kamera dual Megapixel dengan sensor 48MP dan 5MP di bahagian belakang. Untuk selfie ia menggunakan sensor 13 Megapixel.

Peranti dengan Android Pie ini juga hadir dengan bateri Li Po 4000 mAh serta menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4.0 melalui USB Type-C.

Tags