Nokia 9 PureView adalah peranti yang hadir dengan lima kamera di belakang. Ia sepatutnya menjadi salah satu peranti terbaik untuk fungsi fotografi sebaris dengan model perdana lain seperti Huawei P30 Pro dan juga Samsung Galaxy Note10+.

Namun bedasarkan dari ujian serta ulasan yang dilakukan DXOMark, Nokia 9 PureView hanya mendapat skor keseluruhan 85 iaitu sebaris dengan peranti Apple iPhone 7 yang merupakan peranti tiga tahun lalu.

Menurut ulasan dari DXOMark, kamera Nokia 9 PureView memiliki kekuatan dengan sistem auto fokus yang pantas dan tepat untuk kebanyakan keadaan. Peranti ini juga memiliki kawalan noise yang agak baik serta dengan gambar yang terperinci.

Namun kelemahan Nokia 9 PureView ketara pada keupayaan zoom yang terbatas serta kualiti rakaman video yang tidak begitu memuaskan berbanding model pesaing yang lain. Ulasan penuh boleh dilihat di laman DXOMark.