Smartphone pertengahan Vivo V17 Pro masih lagi belum dilancarkan secara rasmi. Namun gambar render dan spesifikasinya telah tertiris di internet oleh WinFuture.de.

Seperti Vivo V15 Pro yang telah berada dipasaran Malaysia pada harga RM1799, Vivo V17 Pro juga mengfokuskan pada fotografi. Ia bakal hadir dengan sistem empat kamera di belakang dengan gabungan lensa 48MP + 8MP + 2MP + 2MP yang disusun secara menegak. Manakala untuk selfie ia menggunakan lensa 32MP dan 2MP dengan mekanisma pop-naik.

Peranti ini juga bakal hadir dengan skrin Super AMOLED 6.44 inci dengan resolusi 1080 x 2440 pixel dangan nisbah skrin yang agak memanjang iaitu 21:9. Vivo V17 Pro juga hadir dengan cip Snapdragon 675, 128GB memori dalaman, 8GB RAM serta bateri 4100 mAh.