Apple iPhone SE 2

Apple dikatakan sedang membangunkan iPhone mampu milik bagi menggantikan iPhone SE yang dilancarkan empat tahun lalu. Model mampu milik ini mungkin di namakan sebagai iPhone SE 2 yang dijangka berharga USD399 atau sekitar RM1699.

Menurut MacRumors, peranti ini dijangka akan dilancarkan suku pertama tahun hadapan. Ia akan hadir dengan cip Apple A13 iaitu cipset yang sama digunakan pada iPhone 11, 3GB RAM serta pilihan memori 64GB dan 128GB.

Dari segi rekaannya, iPhone SE generasi kedua ini akan berasaskan rekaan iPhone 8 yang tanpa takuk pada skrinnya seperti yang terdapat pada iPhone yang lebih terkini. Spesifikasi lain masih lagi belum diketahui.