Xiaomi baru sahaja melancarkan kemas kini smartphone mampu milik mereka iaitu Xiaomi Redmi 8. Ia hadir dengan skrin IPS 6.22 inci dengan resolusi HD+ serta kamera selfie 8MP yang terletak di takuk titisan air di bahagian skrin. Di bahagian belakang, peranti ini tampil dengan dua kamera baru dengan sensor 12MP Sony IMX 363 dan sensor kedalaman 2MP.
Redmi 8 yang baru ini juga tampil dengan pengecaman suasana AI dengan 33 profil suasana termasuk pemandangan, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya. [AdsPost]
Peranti mampu milik ini menggunakan cipset Snapdragon 439 dengan 4GB RAM dan memori sehingga 64GB. Peranti ini juga menawarkan bateri 5.000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.
Fungsi lain yang terdapat pada Redmi 8 termasuk radio FM, bicu fon kepala 3.5mm, inframerah, dan perlindungan percikan air.
Redmi 8 boleh didapati dalam warna Blue Sapphire, Onyx Black dan Ruby Red Dengan harga jualan di India bermula pada INR 7999 (RM499) untuk model 3 / 32GB manakala varian 4/64 GB akan dijual pada harga INR 8999 (RM599).