Huawei Nova 6 SE Malaysia

Selain Huawei Nova 6 dan Nova 6 5G, Huawei turut memperkenalkan variasi Nova 6 yang lebih mampu milik iaitu Huawei Nova 6 SE. Peranti ini membawakan skrin bersaiz 6.4 inci dengan resolusi FullHD+ serta 16 MP kamera selfie dibahagian penjuru atas skrin.

Di bahagian dalam, peranti ini dikuasai oleh pemproses Kirin 810 7nm SoC yang hadir bersama 8 GB RAM serta pilihan memori 128 GB atau 256 GB. Ia juga dijalankan dengan antaramuka EMUI 10 yang berasaskan Android 10.

Untuk kamera, peranti ini hadir dengan empat kamera dibahagian belakang. Ia terdiri daripada sensor 48 MP lensa utama, 8MP lensa sudut lebar, 2MP lensa makro dan 2MP lensa pengesan kedalaman untuk mengambil gambar portait.

Huawei Nova 6 SE Malaysia

Huawei Nova 6 SE juga memiliki bateri 4200 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W yang mampu mengecas bateri sehingga 70% dalam tempoh 30 minit sahaja.

Huawei Nova 6 SE boleh didapati dalam warna hitam, merah jambu dan hijau dengan harga serendah 2199 yuan atau sekitar RM1300.