Motorola telah mengumumkan smartphone pertenghan yang menawarkan lensa kamera dengan resolusi 64 Megapixel iaitu Motorola One hyper. Ia hadir dengan skrin bersaiz 6.5 inci dengan resolusi FHD+ serta 19.5:9 nisbah skrin.

Peranti ini dikuasai oleh pemproses Snapdragon 675 dengan 4 GB RAM, 128 GB memori dalaman serta dijalankan pada Android 10. Peranti ini juga menawarkan dua kamera dibahagian belakang dengan 64 MP kamera utama serta 8 MP lensa sudut lebar. Manakala untuk selfie pula, peranti ini hadir dengan lensa popup 32 MP.

Selain itu, Motorola One Hyper membawakan bateri 3600 mAh dengan sokongn pengecasan pantas 40W. Ciri-ciri lain yang hadir termasuk pengimbas cap jari di belakang, sambungan USB Type-C serta sokongan NFC.

Motorola One Hyper boleh didapati dalam warna Fresh Orchid, Deepsea Blue dan Dark Amber. Ia akan mula dijual di USA pada harga USD400 atau sekitar RM1699 di Malaysia.