Apple iPhone SE 2 Malaysia

Pada tahun 2016, Apple telah melancarkan smartphone bersaiz kompak iPhone SE dengan rekaan seperti model iPhone 5S. Pada tahun ini Apple dijangka akan melancarkan model generasi baru untuk iPhone SE. Ia mungkin akan dikenali sebagai iPhone SE2 atau iPhone 9. Peranti tersebut dijangka akan memasuki pengeluaran secara besaran seawal Febuari dan akan diumumkan pada bulan March ini.

Menurut laporan sebelum ini, model baru ini akan hadir dengan rekaan mirip kepada iPhone 8 dengan skrin kecil 4.7 inci dengan panel IPS LCD yang tidak bertakuk seperti kebanyakan model baru iPhone. Ia juga dikatakan memiliki saiz 138.5 x 67.4 x 7.8 mm  dan memiliki hanya satu kamera di bahagian belakang.

Walaupon kelihatan seperti model lama, iPhone SE generasi kedua ini akan dikuasai oleh cip Apple A13 Bionic iaitu cipset yang sama pada siri iPhone 11. Didalamnya juga bakal hadir dengan 3GB RAM serta kapasiti bateri yang lebih besar. Di Malaysia, iPhone SE 2016 dijual pada harga bermula RM1949 hingga RM2449. Jadi, adakah anda akan dapatkan generasi baru iPhone SE sekiranya dijual pada harga yang sama.?