Spesifikasi Huawei P40

Huawei dijangka akan mengumumkan siri Huawei P40 pada bulan March ini. Berbaki dua bulan lagi gambar render peranti tersebut telah tertiris di internet.

Gambar tersebut menunjukkan model berwarna hitam dengan sistem tiga kamera dan dual-tona flash di bahagian belakang. Sensornya disusun sebaris secara menegak dan lampu flash terletak disebelahnya. Kamera belakangnya sudah tentu mendapat sentuhan daripada Leica. Jenis sensor yang digunakan masih lagi belum diketahui.

Di bahagian hadapan pula, Huawei P40 bakal hadir dengan dual lensa yang terletak di penjuru atas skrin. Peranti ini juga dikatakan hadir dengan skrin 6.1 inci, cip Kirin 990 dan di jalankan pada sistem Android 10. Malangnya ia dikatakan tidak memiliki servis Google sebaliknya menggunakan servis Huawei Mobile.