Harga Realme 5i Malaysia

Bagi yang sedang mencari smartphone mampu milk, Realme 5i merupakan salah satu peranti terbaik untuk anda. Peranti ini akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula 18 Januari ini dengan harga hanya RM599.

Untuk spesifikasi Realme 5i, peranti mampu milik ini hadir dengan skrin bersaiz 6.52 inci dengan resolusi HD+ 1600 x 720 pixel. Skrinnya memiliki takuk kecil yang menempatkan kamera selfie 8 Megapixel.

Di bahagian belakang peranti ini menampilkan empat lensa dengan kamera utama 12 Megapixel, 8 Megapixel kamera sudut lebar, 2 Megapixel kamera makro dan 2 Megapixel pengesan kedalaman.

Realme 5i akan dikuasai oleh cip Snapdragon 665 yang turut hadir bersama 4 GB RAM dan 64 GB memori dalaman. Fungsi lain yang hadir termasuk pengimbas cap jari di belakang, bateri 5000 mAh dengan pengecas 10W, Dual-Band WiFi, sokongan dual SIM serta dijalankan pada ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie.

Di Malaysia, peranti ini akan ditawarkan di luar talian bermula 18 Januari ini. Bagi yang ingin dapatkan melalui kedai atas talian boleh dapatkannya mulai 28 Januari ini dengan harga RM599.