Snapdragon 720G, 662 Dan 460

Qualcomm telah memperkenalkan cipset baru iaitu Snapdragon 720G, Snapdragon 662 dan Snapdragon 460 untuk peranti mudah alih. Ia hadir dengan rangkaian 4G, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.1. Platform baru ini juga dilengkapi dengan Qualcomm AI Engine dan Hub Sensing Qualcomm. Ketiga-tiga cip ini juga dilengkapi dengan Qualcomm Location Suite yang menyokong hingga tujuh satelit serentak termasuk penggunaan semua satelit operasi Navic untuk mendapatkan lokasi yang lebih tepat.

Snapdragon 720G mengfokuskan pada prestasi gaming yang mempunyai ciri-ciri termasuk Snapdragon Elite Gaming dengan fungsi Game Anti-Cheat Extensions dan Game Fast Loader. Kedua-dua Snapdragon 662 dan 460 pula menggunakan enjin Qualcomm AI generasi ketiga. Snapdragon 460 menjanjikan prestasi yang jauh lebih baik untuk sambungan rangkaian, AI dan juga kebolehan kamera berbandingan Snapdragon 450. Untuk spesifikasi cipset Snapdragon 720G, Snapdragon 662 dan Snapdragon 460 seperti dibawah.

Qualcomm Snapdragon 720G (8nm)

  • Octa-Core 2.3 GHz Kryo 465 CPU.
  • Adreno 618 GPU.
  • Modem Snapdragon X15 LTE dengan kelajuan muat turun sehingga 800 Mbps.
  • Sokongan Pengecasan Pantas Quick Charge 4.0.
  • Sokongan Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.1.

Qualcomm Snapdragon 662 (11nm)

  • Octa-Core 2 GHz Kryo 260 CPU.
  • Adreno 610 GPU.
  • Modem Snapdragon X11 LTE dengan kelajuan muat turun sehingga 390 Mbps.
  • Sokongan Pengecasan Pantas Quick Charge 3.0.
  • Sokongan Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.1.

Qualcomm Snapdragon 460 (11nm)

  • Octa-Core 1.8 GHz Kryo 240 CPU.
  • Adreno 610 GPU.
  • Modem Snapdragon X11 LTE dengan kelajuan muat turun sehingga 390 Mbps.
  • Sokongan Pengecasan Pantas Quick Charge 3.0.
  • Sokongan Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.1.