Sebelum ini, Xiaomi telah mengesahkan bahawa model perdana mereka Xiaomi Mi 10 akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 865 dan juga aturan empat kamera dengan sensor utama 108MP buatan Samsung. Hari ini gambar sebenar telefon pintar tersebut telah tertiris di internet. Gambar tersebut menunjukkan skrin melengkung yang dijangka dengan panel AMOLED dengan kadar segaran 120Hz serta pengimbas cap jari di bawah skrin.

Gambar kotak yang turut tertiris mengesahkan nama model Xiaomi Mi 10 Pro 5G. Dijangka versi Xiaomi Mi 10 standard juga akan dilancarkan. Selain itu, Xiaomi Mi 10 Pro juga bakal hadir dengan dual speaker audio Hi-Res, Pengecas 65W yang di cas melalui USB Type-C, memori dalaman sehingga 512GB dan 12 GB RAM serta bateri 4500mAh.

Xiaomi Mi 10 Pro 5G dijangka akan diperkenalkan pada 11 Februari depan sebelum acara MWC. Harga Xiaomi Mi 10 Pro 5G masih lagi diketahui.