Xioami Poco X2 Malaysia

Bagi peminat smartphone gaming mampu milik sudah tentunya ternanti-nanti model keluaran Xiaomi, Poco X2 yang akan diumumkan pada 4 Febuari ini di India. Seperti model Pocophone F1, model baru ini juga akan mengfokuskan pada peranti permainan mudah alih pada harga mampu milik.

Untuk spesifikasi Poco X2, model baru ini bakal hadir dengan skrin bersaiz 6.67 inci dengan sokongan HDR10 dan juga kadar segar 120 Hz untuk pengalaman bermain permainan mudah alih yang lebih responsif.

Peranti ini juga hadir dengan platform Android 10 terbaru melalui antaramuka MiUi 11. Ia turut dikuasai oleh cip Snapdragon 730G, sehingga 8GB RAM serta sehingga 256GB memori dalaman. Peranti ini juga akan tampil dengan bateri Li-Po 4500 mAh dengan pengecas pantas 27W.

Xioami Poco X2 Malaysia

Peranti ini bakal hadir dengan dual lensa dibahagian belakang dengan kamera utama 64 Megapixel F1.9 dan kamera sudut lebar 8 Megapixel F2.2. Untuk selfie turut hadir dengan dua kamera hadapan dengan sensor 20 Megapixel dan 8 Megapixel.