Harga Samsung Galaxy A01 Malaysia

Bagi yang sedang mencari smartphone murah, Samsung baru sahaja melancarkan model mampu milik untuk pasaran tempatan iaitu Samsung Galaxy A01. Ia telah boleh dibeli dengan harga RM449 dan hadir dalam pilihan warna merah, hitam dan biru.

Sebagai smartphone asas, Samsung Galaxy A01 bawakan rekaan yang ringkas dengan skrin 5.7 inci panel IPS dan resolusi 720 x 1560 pixels (HD+). Di atas skrin terdapat lensa selfie dengan sensor 5 Megapixel. Terdapat dua kamera di bahagian belakang denmgan sensor 13 Megapixel (F2.2, 28mm ) dan 2 Megapixel (F2.4) untuk bokeh.

Spesifikasi & Harga Samsung Galaxy A01

  • Skrin 5.7-inci Dengan Resolusi 720 x 1560 pixels (HD+)
  • Pemproses Octa-Core, 2GB RAM Dan 16GB Memori Dalaman
  • Platform Android 10.0
  • Kamera Belakang 13MP (Utama) Dan 2MP (Bokeh)
  • Kamera Selfie 5MP (F2.0)
  • Sokongan Rangkaian LTE Cat4
  • Fungsi Wi-Fi 802.11 b/g/n (2.4GHz), microUSB 2.0
  • Bateri Li-Ion 3000 mAh
  • Harga Samsung Galaxy A01 Di Malaysia RM4499

Di bahagian dalam, smartphone mampu milik ini dikuasai oleh cip lapan-teras yang turut disokong dengan 2GB RAM dan juga 16GB memori dalaman. Ruang storan agak kecil namun boleh ditambah sehingga 512GB melalui slot microSD. Samsung Galaxy A01 juga dengan sokongan sambungan LTE Cat4, Wi-Fi 802.11 b/g/n serta bateri berkapasiti  Li-Ion 3000 mAh.

Bagi yang berminat dengan Samsung Galaxy A01, boleh dapatkannya dari pengedar rasmi Samsung seluruh negara dengan harga RM449.