HTC Wildfire R70 Malaysia

HTC baru sahaja mengmumkan model mampu milik iaitu HTC Wildfire R70 untuk pasaran India dan Thailand. Ia dikuasai oleh pemproses MediaTek Helio P23 dengan 32GB memori dalaman serta 2 GB RAM. Memorinya agak kecil namun ia boleh ditambah melalui slot tambahan microSDXC.

HTC Wildfire R70 menawarkan skrin yang cukup besar iaitu dengan saiz 6.53 inci, nisbah 19.5:9 serta dengan resolusi 720 x 1560 pixels (HD+). Untuk fungsi fotografi,  peranti ini hadir dengan tiga kamera belakang dengan lensa utama 16 Megapixel (F1.7, 1.4µm), 2 Megapixel (F2.4) lensa makro dan 2 Megapixel (F2.4) lensa bokeh.

Peranti ini juga hadir dengan bateri 4,000mAh dengan sokongan pengecas 10W yang dicas melalui microUSB. Peranti ini juga menyokong fungsi dual nano SIM, WiFi 2.4GHz, Bluetooth 4.2 dan 3.5mm audio jack.

HTC Wildfire R70 Malaysia

Spesifikasi Dan Harga HTC Wildfire R70

  • Skrin 6.53-inci Dengan Resolusi 720 x 1560 pixels (HD+)
  • Pemproses Mediatek MT6763 Helio P23 (16 nm) Dengan Mali-G71 MP2 GPU
  • 2GB RAM Dengan 32GB Memori Dalaman
  • Platform Android 9 (Pie)
  • Kamera Belakang 16MP (Utama), 2MP (Makro), 2MP (Bokeh)
  • Kamera Selfie 8MP (F2.0)
  • Pengimbas Cap Jari Di Belakang
  • Sokongan Rangkaian LTE-A (2CA) Cat6
  • Fungsi Wi-Fi 802.11 b/g/n (2.4GHz), Bluetooth 5, microUSB 2.0
  • Bateri Li-Po 4000 mAh Dengan Pengecas Pantas 10W
  • Harga HTC Wildfire R70 Dijangka Sekitar RM599 – RM699

HTC Wildfire R70 boleh di dapati dalam warna Aurora Blue dan Night Black. Buat masa ini tiada maklumat harga untuk peranti ini namun berdasarkan spesifikasinya ia mungkin berharga sekitar RM599 – RM699.