LG baru sahaja mengumumkan tiga model baru untuk siri LG K iaitu K61, K51S dan K41S. Ketiga-tiga model ini hadir dengan skrin FullVision 6.5 inci dengan resolusi FHD+ untuk model LG K61 dan resolusi HD+ untuk model LG K51S dan LG K41S. Kesemua model juga hadir dengan 4000 mAh bateri terbina, pengimbas cap jari dibahagian belakang, empat kamera belakang dan pemprroses Octa-Core 2.3 GHz.

Selain itu, LG K61, K51S dan K41 juga hadir dengan fungsi DTS:X 3D Surround Sound dengan pengalaman bunyi realistik 7.1-Channel serta standard ketahanan MIL-STD-810G. Untuk spesifikasi penuh ketiga-tiga model seperti dibawah.

Spesifikasi LG K61

  • Skrin 6.5-inci FullVision dengan resolusi FHD+
  • Pemproses Octa-Core 2.3 GHz
  • Pilihan memori 64GB atau 128GB dengan 4GB RAM
  • Kamera utama dengan lensa utama 48MP, 8MP sudut lebar, 2MP kamera makro, 5MP penyukat kedalaman.
  • Kamera selfie 16MP
  • DTS:X 3D Surround Sound
  • Pengimbas cap jari dibelakang
  • Standarad ketahanan MIL-STD 810G
  • USB Type-C
  • Bateri 4000 mAh

Spesifikasi LG K51S

  • Skrin 6.5-inci FullVision dengan resolusi HD+
  • Pemproses Octa-Core 2.3 GHz
  • Memori dalaman 64GB dengan 4GB RAM
  • Kamera utama dengan lensa utama 32MP, 5MP sudut lebar, 2MP kamera makro, 2MP penyukat kedalaman.
  • Kamera selfie 13MP
  • DTS:X 3D Surround Sound
  • Pengimbas cap jari dibelakang
  • Standarad ketahanan MIL-STD 810G
  • USB Type-C
  • Bateri 4000 mAh

Spesifikasi LG K41S

  • Skrin 6.5-inci FullVision dengan resolusi HD+
  • Pemproses Octa-Core 2.3 GHz
  • Memori dalaman 32GB dengan 3GB RAM
  • Kamera utama dengan lensa utama 13MP, 5MP sudut lebar, 2MP kamera makro, 2MP penyukat kedalaman.
  • Kamera selfie 8MP
  • DTS:X 3D Surround Sound
  • Pengimbas cap jari dibelakang
  • Standarad ketahanan MIL-STD 810G
  • USB Type-C
  • Bateri 4000 mAh

LG K61 boleh didapati dalam warna Titanium, Putih dan Biru manakala LG K51S hadir dalam warna Titanium, Merah Jambu dan Biru. LG K41S pula boleh di dapati dalam warna Titanium, Putih dan Hitam. Buat masa ini LG masih belum mengumumkan harga untuk ketiga-tiga model ini. Ia boleh didapati  di pasaran USA pada suku ke-2 tahun ini dan diikuti pasaran Eropah dan Asia.