Harga OPPO A31 Malaysia

Oppo baru sahaja mengumumkan model baru untuk kelas smartphone mampu milik iaitu Oppo A31. Ia merupakan model penjenamaan semula yang dilancarkan sebagai Oppo A8 untuk pasaran China. Smartphone mampu milik ini hadir dengan skrin 6.5-inch HD+ dan dikuasai oleh pemproses MediaTek Helio P35 dan 4GB RAM. Peranti ini turut menawarkan 4230 mAh yang boleh dicas melalui microUSB 2.0.

Untuk kamera, Oppo A31 menawarkan tiga kamera belakang dengan lensa utama 12 Megapixel, kamera makro 2 Megapixel dan kamera bokeh 2 Megapixel. Untuk selfie peranti ini menawarkan kamera 8 Megapixel.

Spesifikasi Dan Harga Oppo A31

  • Skrin 6.5-inciĀ  dengan resolusi 1600 x 720 pixels
  • Pemproses MediaTek Helio P35 12nm dengan CPU Octa-Core
  • 4GB RAM, 128GB memori terbina, slot microSD
  • Sokongan Dual Nano SIM
  • Dijalankan pada ColorOS 6.1 berasaskan Android 9.0 (Pie)
  • Kamera belakang 12MP (utama), 2MP (bokeh) and 2MP (makro)
  • Kamera selfie 8MP
  • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
  • FM Radio dan 3.5mm audio jack
  • Bateri 4230mAh
  • Harga 2,599,000 Rupiah Indonesia (RM799)

Harga OPPO A31 Malaysia

Oppo A31 boleh didapati dalam pilihan warna hitam dan putih pada harga 2,599,000 Rupiah Indonesia. Ia akan mula dijual di Indonesia dan dijangka akan memasuki pasaran global yang lain tidak lama lagi.