Oppo Reno3 5G Vitality Edition Malaysia

Sebulum ini Oppo telah mengumumkan Oppo Reno3 dan Oppo Reno3 Pro yang merupakan Smartphone pertengahan dengan rangkaian 5G. Terbaru, Oppo telah umumkan model baru iaitu Oppo Reno3 Vitality Edition.

Peranti Oppo Reno3 Vitality Edition hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.4 inci dengan resolusi 2400 x 1080 pixel. Peranti ini juga hadir dengan cip Snapdragon 765G, 8GB RAM serta 128GB memori terbina.

Untuk kamera, model baru ini tampil dengan empat kamera belakang dengan sensor utama 48MP, 2MP kamera makro, 2MP lens mono serta 8MP Kamera sudut lebar. Untuk kamera hadapan pula tampil dengan lensa 32MP.

Oppo Reno3 5G Vitality Edition Malaysia

Smartphone dengan sistem Android 10 ini juga hadir dengan pengimbas cap jari dibawah skrin, sistem Audio Dolby Atmos serta bateri 4025 mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W.

Oppi Reno3 Vitality Edition hadir dalam warna hitam, putih dan emas dengan harga 2999 Yuan atau sekitar RM1799. Ia akan mula dipasarkan di China pada 24 Februari ini.