Samsung Galaxy Z Flip Malaysia

Selain daripada siri Samsung Galaxy S20, Samsung turut memperkenalkan smartphone boleh lipat Samsung Galaxy Z Flip pada acara Galaxy Unpacked hari ini. Ia merupakan peranti dengan skrin 6.7-inci FHD+ Dynamic AMOLED, nisbah 21.9:9 serta resolusi 2636 x 1080 pixels. Samsung memanggilnya sebagai skrin Infinity Flex yang memiliki lapisan kaca ultra-nipis (UTG) yang boleh dilipat.

Seperti juga Motorola Razr 2019, peranti ini memiliki skrin ke-2 di bahagian luar dengan saiz 1.1 inci dan menggunakan panel Super AMOLED serta resolusi 300 x 112 pixel. Skrin kedua menyokong fungsi Always-On untuk memaparkan maklumat notifikasi.

Di bahagian dalam, peranti ini dikuasai oleh pemproses Snapdragon 855+ serta gabungan 8GB RAM dan juga 256GB memori dalaman. Peranti ini juga menawarkan dua kamera belakang dengan sensor 12 Megapixel untuk kamera utama dan 12 Megapixel untuk kamera sudut lebar. Kamera selfie pula hadir dengan lensa 10 Megapixel.

Samsung Galaxy Z Flip Malaysia

Samsung Galaxy Z Flip dijalankan pada sistem Android 10 dan memiliki pengimbas cap jari dibahagian sisi. peranti ini juga menawarkan bateri 3300mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W serta 9W pengecas tanpa wayar.

Samsung Galaxy Z Flip akan mula dijual di US dan Korea bermula 14 Febuari ini dengan harga USD1380 atau sekitar RM5999. Ia hadir dalam tiga pilihan warna iaitu ungu, hitam dan emas.