Harga Samsung Galaxy S20 Malaysia

Samsung baru sahaja melancarkan tiga model perdana untuk pasaran 2020. Ia terdiri daripada Samsung Galaxy S20, Samsung Galaxy S20+ dan juga Samsung Galaxy S20 Ultra. Ketiga-tiga model ini boleh ditempah bermula 12 Februari untuk pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy S20 Dan Galaxy S20+

Samsung Galaxy S20 Dan S20+ hadir dengan cip yang sama iaitu cip Exynos 990. Kedua-dua peranti ini juga di muatkan dengan 8 GB RAM serta 128 GB memori dalaman.

Untuk skrin hadapan, kedua-dua model ini hadir dengan panel Dynamic AMOLED 2X Dengan resolusi 1440 x 3200 pixel. Samsung Galaxy S20 hadir dengan saiz 6.2 inci manakala versi S20+ dimuatkan dengan skrin 6.7 inci.

Harga Samsung Galaxy S20 Malaysia

Untuk kamera, Galaxy S20 memiliki tiga kamera belakang dengan sensor utama 12 Megapixel. kamera kedua jenis telefoto bersensor 64 Megapixel dengan kemampuan 3x hybrid zoom dan 30x super resolution zoom. Lensa Ini juga mampu merakam video dengan resolusi 8K.

Kamera ketiga dengan sensor sudut lebar 12 Megapixel. Tambahan kamera untuk model Galaxy S20+ pada kamera ke empat yang menggunakan sensor TOF 3D 0.3 Megapixel untuk mengesan kedalaman. Untuk selfie pula, kedua-dua peranti ini hadir dengan 10 Megapixel.

Harga Samsung Galaxy S20 Malaysia

Samsung Galaxy S20 dimuat kan dengan bateri 4000 mAh manakala Galaxy S20+ hadir dengan bateri yang lebih besar iaitu 4500 mAh. Fungsi lain yang hadir untuk kedua-dua peranti ini termasuk kalis air dan debu IP68, menggunakan platform Android 10 Dan sokongan NFC.

Samsung Galaxy S20 5G Ultra

Untuk Samsung Galaxy S20 5G Ultra pula merupakan model teratas diantara siri Galaxy S20. Ia memiliki skrin yang lebih besar iaitu 6.9 inci serta bateri Li-Po 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Kelebihan utama peranti ini berbanding Galaxy S20 dan S20+ ialah memiliki sistem kamera yang lebih baik. Ia memiliki empat kamera belakang dengan 108 Megapixel sensor utama, 48 Megapixel kamera periskop dengan 10x hybrid optikakl zoom, 12 Megapixel lensa sudut lebar serta kamera TOF 3D untuk pengesan kedalaman.

Untuk pasaran Malaysia, ketiga-tiga model ini boleh ditempah muliai 12 Febuari sehingga 26 Febuari 2020. Ia dijual dengan harga RM3599 untuk Samsung Galaxy S20, RM3999 untuk model Samsung Galaxy S20+ dan RM4999 untukĀ  model Samsung Galaxy S20 5G Ultra.