Vivo Z6 5G Malaysia

Vivo baru sahaja mengumumkan smartphone 5G pertama untuk kelas pertengahan. Peranti ini menawarkan skrin bersaiz 6.57-inci dengan resolusi Full HD+. Skrin hadapannya juga menempatkan kamera selfie dengan sensor 16 Megapixel. Untuk kamera utama, Vivo Z6 5G menawarkan empat lensa dengan lensa utama 48MP, lensa sudut lebar 8MP, lensa makro 2MP dan lensa bokeh 2MP.

Di bahagian dalam, peranti kelas pertengahan ini dikuasai oleh cip Snapdragon 765G dengan 128GB memori dalaman serta pilihan antara 6GB atau 8GB RAM. Peranti ini juga hadir dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecas pantas 44W. Ianya mampu mengecas penuh peranti dengan hanya mengambil masa selama 65 minit.

Vivo Z6 5G Malaysia

Spesifikasi Dan Harga Vivo Z6 5G

  • Skrin 6.57-inci Dengan Resolusi 1080 × 2080 pixels
  • Pemproses Snapdragon 765G 7nm Dengan Adreno 620 GPU
  • Pilihan 6GB / 8GB RAM Dengan 128GB Memori Dalaman
  • Platform Android 10 Dengan Funtouch OS 10
  • Kamera Belakang 48MP (Utama), 8MP (Sudut Lebar), 2MP (Makro), 2MP (Bokeh)
  • Kamera Selfie 16MP
  • Pengimbas Cap Jari Di Belakang
  • Sokongan Rangkaian 5G SA/ NSA
  • Fungsi WiFi 802.11 ac (2.4GHz + 5GHz), Bluetooth 5, NFC, USB Type-C
  • Bateri 5000mAh Dengan Pengecas Pantas 44W
  • Harga Vivo Z6 5G Dijangka Bermula Sekitar RM1399

Vivo Z6 5G boleh didapati dalam warna Aurora Black, Silver dan Ice Blue dengan harga 2198 Yuan (RM1399) untuk model 6GB/128GB. Model 8GB/128GB akan ditawarkanpada harga 2598 Yuan (RM1599). Ia akan ditawarkan untuk pasaran China mulai 29 Febuari.