Harga Huawei P40 Lite E Malaysia

Huawei akan melancarkan siri Huawei P40 pada 26 March Ini. Namun, untuk model mampu milik Huawei P40 Lite E nampaknya telah dilancarkan lebih awal. Peranti ini memiliki rekaan yang sama dengan Huawei Y7p yang diumumkan bulan lalu. Namun prestasinya telah ditambah baik dengan cipset Kirin 810 SoC berbanding model Huawei Y7p yang menggunakan cip  Kirin 710F.

Huawei P40 Lite E juga hadir dengan skrin IPS sebesar 6.39 inci dengan resolusi HD+ serta memiliki lubang kecil pada penjuru kiri skrin untuk menempatkan 8 Megapixel kamera selfie. Di bahagian belakang, peranti ini hadir dengan tiga kamera dimana kamera utamanya menggunakan sensor 48 Megapixel. Dua lagi lensa hadir dengan sensor 8 Megapixel sudut lebar dan 2 Megapixel untuk bokeh.

Antara kelemahan utama peranti ini adalah tidak memiliki servis Google. Ia bermaksud kesemua aplikasi milik Google termasuk Google Play Store tidak terdapat pada peranti ini. Namun, Huawei telah gantikannya dengan Huawei App Gallery.

Spesifikasi Dan Harga Huawei P40 Lite E

  • Skrin 6.39-Inci HD+ Dengan Kamera Selfie Di Penjuru
  • PemprosesOcta-core Kirin 810 SoC
  • Memori 4GB RAM dan 64GB serta boleh ditambah sehingga 512GB
  • Tiga Kamera dengan Sensor 48MP (Utama) + 8MP (Sudut Lebar) + 2MP (Bokeh)
  • 8MP Kamera Selfie
  • Bateri 4,000mAh Dengan Pengecas 10W
  • Harga Huawei P40 Lite E Dijangka Sekitar RM799

Huawei P40 Lite E boleh didapati dalam warna Hitam dan Biru Arora dengan harga jualan sekitar USD180 (RM799) untuk pasaran Eropah. Tiada maklumat untuk jualan diluar Eropah.