Memandangkan acara tahunan MWC dibatalkan akibat COVID-19, HMD Global telah menjadualkan satu acara khas pada 19 March ini di London untuk memperkenalkan beberapa model smartphone Nokia. MWC tahun lalu, Nokia telah melancarkan lima model baru termasuk Nokia 9 PureView, Nokia 4.2, Nokia 3.2, Nokia 210 dan Nokia 1 Plus.
Pada tahun ini, Nokia dijangka hadir dengan smartphone pertama 5G dari mereka iaitu Nokia 8.3 5G. Peranti ini dijangka hadir dengan pemproses Snapdragon 765G, aturan tiga kamera dibahagian belakang dengan kanta ZEISS serta rakaman video sudut lebar dalam format 4K.
Antara model yang dijangka hadir pada acara 19 March ini termasuk Nokia 1.3, Nokia 5.3 dan juga peranti mampu milik Nokia C2. Beberapa model peranti asas juga bakal diumumkan termasuk peranti XpressMusic.