Harga Realme C3 Di Malaysia

Bagi yang sedang mencari smartphone mampu milik dengan prestasi yang baik, Realme C3 salah satu model yang sesuai untuk anda. Peranti ini baru sahaja dilancarkan untuk pasaran Malaysia yang dijual dengan harga serendah RM499.

Walaupon membawakan tanda harga yang rendah, tetapi apa yang ditawarkan cukup menarik. Realme C3 dikuasai oleh pemproses Mediatek Helio G70 (12 nm) dengan CPU lapan teras serta dijalankan pada Android 10. Peranti ini juga hadir dengan 3GB RAM serta ruang memori sebesar 32GB. Untuk jangka hayat yang lebih lama, peranti ini menawarkan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 10W.

Harga Realme C3 Di Malaysia

Realme C3 juga hadir dengan skrin IPS bersaiz 6.5 inci dengan nisbah 20:9 dan juga resolusi 720 x 1560 pixels (HD+). Di bahagian atas skrin terdapat takuk kecil yang menempatkan kamera selfie 5 Megapixel (F2.4, 27mm, 1/5″, 1.12µm). Untuk kamera belakang, peranti ini tampil dengan susunan dua kamera dengan sensor 12 Megapixel (F1.8, 28mm, 1/2.8″, 1.25µm) dan 2 Megapixel (F2.4).

Harga Realme C3 Di Malaysia

Spesifikasi Dan Harga Realme C3

  • Skrin Super IPS LCD 6.5-inci Dengan Resolusi 720 x 1560 pixels (HD+)
  • Pemproses Mediatek Helio G70 (12 nm) Dengan Mali-G52 2EEMC2 GPU
  • 3GB RAM Dengan 32GB Memori Dalaman
  • Platform Android 10 Dengan Realme UI 1.0
  • Kamera Belakang 12MP (Utama) Dan 2MP (Bokeh)
  • Kamera Selfie 5MP
  • Fungsi Wi-Fi 802.11 b/g/n (2.4GHz), Bluetooth 5.0, microUSB 2.0
  • Bateri Li-Po 5000 mAh Dengan Pengecas Pantas 10W
  • Harga Realme C3 Di Malaysia RM499

Antara fungsi lain yang terdapat pada Realme C3 termasuk Wi-Fi 802.11 b/g/n, Bluetooth 5.0 dan port microUSB 2.0. Realme C3 boleh didapati dalam warna merah dan biru dengan harga jualan RM499. Untuk setiap pembelian pada 3 March melalui Shopee akan menerima diskaun RM20.