Xiaomi Redmi Note 9 Malaysia

Redmi India telah mendedahkan bahawa mereka akan melancarkan Xiaomi Redmi Note 9 pada 12 March ini. Bedasarkan gambar acah yang dikeluarkan Twitter Xiaomi India, Peranti pertengahan itu bakal hadir dengan empat kamera dibahagian belakang. Sensor kameranya disusun kemas pada perumah segi empat sama.

Tiada maklumat spesifikasi yang didedahkan, namun Xiaomi Redmi Note 9 membawakan slogan “ProCameraMaxPerformance” yang merujuk pada prestasi dan fungsi fotografi yang terbaik.

Tahun lalu, dua model Redmi Note 8 memasuki pasaran Malaysia dengan harga bermula RM599 untuk versi Standarad dan bermula RM1099 untuk Redmi Note 8 Pro. Xiaomi Redmi Note 8 Pro hadir dengan skrin IPS 6.53″ FHD+, cip Mediatek Helio G90T dan kombinasi kamera utama 64MP+8MP+2MP+2MP serta 20 MP kamera selfie. Redmi Note 8 versi standard pula hadir dengan skrin IPS 6.3″ FHD+, cip Snapdragon 665 dan susunan kamera belakang 48MP+8MP+2MP+2MP serta 13 MP kamera selfie.