Vivo APEX 2020 Malaysia

Vivo telah mengumumkan Vivo APEX 2020 yang merupakan smartphone konsep dengan spesifikasi dan fungsi yang agak menarik. Ia hadir dengan skrin 6.45 inci dengan panel lengkung 120 darjah untuk kedua-dua sisinya. Peranti ini tidak memiliki sebarang butang fizikal, sebaliknya memiliki butang sentuh di sisinya. Vivo juga menggunakan teknologi Screen SoundCasting generasi ketiga bagi menggantikan speaker biasa.

Fungsi kamera pula lebih menarik dengan kamera selfie terbina dibawah skrin dengan sensor 16 Megapixel. Untuk kamera belakang pula hadir dengan aturan dual-kamera dengan kamera utama 48 Megapixel sensor bersama fungsi gimbal. Menurut Vivo, penggunaan gimbal pada peranti ini mampu mencapai kestabilan imej 200% lebih baik berbanding peranti biasa yang menggunakan OIS. Vivo APEX 2020 turut hadir dengan lensa 16 Megapixel bersama fungsi 5x-7.5x Continuous Optical Zoom.

Spesifikasi Vivo APEX 2020

  • Skrin 6.45-inci 120° FullView Edgeless Display Dengan Resolusi 2330 x 1080 pixels
  • Pemproses Snapdragon 865 7nm Dengan Adreno 650 GPU
  • 12GB LPDDR5 RAM Dengan 256GB Memori Dalaman
  • Platform Android 10
  • Kamera Belakang 48MP Gimbal (Utama), 16MP 5x-7.5x Continuous Optical Zoom
  • Kamera Selfie 16MP Terletak Dibawah Skrin
  • Sokongan Rangkaian 5G SA/NSA
  • Fungsi Wi-Fi 6 802.11 ax Dan Bluetooth 5.1
  • 60W Wireless Super FlashCharge

Di bahagian dalam, peranti ini sudah tentu dikuasai oleh cip Snapdragon 865 dengan 12GB RAM dan 256GB ruang memori dalaman. Ia juga hadir dengan rangkaian 5G SA/NSA, Wi-Fi 6 802.11 ax dan Bluetooth 5.1. APEX 2020 juga hadir dengan teknologi 60W Wireless Super FlashCharge dimana ia mampu mengecas bateri 2000mAh hanya dalam masa 20 minit sahaja.

Vivo APEX 2020 Malaysia

Vivo APEX 2020 hadir dalam pilihan warna hitam dan putih. Memandangkan ia peranti konsep, mungkin peranti ini tidak akan dipasarkan namun fungsi-fungsi menarik yang ada pada APEX 2020 bakal digunakan pada peranti mercu Vivo pada masa akan datang.