Motorola baru sahaja mengumumkan dua model kelas perdana iaitu Motorola Edge dan Edge+. Kedua-dua model ini mempunyai paparan OLED 6.7 inci FHD+ dengan nisbah 21: 9 dan dinamakan sebagai “Endless Edge” dan memiliki kadar penyegaran 90Hz.

Motorola Edge+ dikuasakan oleh Snapdragon 865 dengan memori 256GB dan 12GB RAM manakala Motorola Edge dikuasakan oleh Snapdragon 765G dengan 128GB memori dalamanserta 4GB atau 6GB RAM. Kedua-duanya hadir dengan sokongan 5G untuk SA / NSA.

Untuk kamera, Motorola Edge+ tampil bergaya dengan sensor utama 108 Megapixel yang menawarkan output 27MP dengan teknologi QuadPixel. Ia turut hadir dengan lensa sudut ultra-lebar 16 Megapixel, lensa telefoto 8 Megapixel untuk zoom optik 3x dan kamera TOF 3D. Untuk selfie peranti ini hadir dengan lensa 25 Megapixel.

Bagi kamera Motorola Edge pula hadir dengan kamera utama 64 Megapixel, 8 Megapixel kamera telefoto dengan kemampuan 2x optikal zoom, 16 Megapixel kamera sudut lebar serta kamera 3D TOF. Kamera selfie turut menawarkan lensa 25 Megapixel.

Motorola Edge+ juga  menjanjikan jangka hayat bateri selama dua hari dengan bateri 5000mAh dan mempunyai pengecasan pantas 15W. Motorola Edge menawarkan bateri yang lebih kecil iaitu Li-Po 4500 mAh dengan pengecasan 18W.

Motorola Edge+ dan Motorola Edge ditawarkan dengan harga yang agak tinggi dimana di USA ia akan dijual pada harga USD999 (Sekitar RM4399) untuk model Edge+ dan sekitar USD749 (Sekitar RM3299) untuk model Motorola Edge.