Harga OPPO A12 Malaysia

Secara senyap Oppo telah melancarkan model mampu milik dari siri A iaitu Oppo A12. Peranti ini hadir dengan skrin 6.2 inci dengan resolusi HD+ serta memiliki takuk titisan air di bahagian atas skrin bagi menempatkan 5 Megapixel kamera selfie. Oppo A12 tampil dengan dua lensa dengan sensor utama 13 Megapixel dengan aperture F2.2 serta lensa 2 Megapixel kamera portrait.

Peranti ini juga dikuasai oleh pemproses Octa-Core MediaTek Helio P35 dengan pilihan 3GB atau 4GB RAM serta pilihan memori terbina 32GB atau 64GB. Sekiranya tidak mencukupi, ia boleh ditambah melalui slot microSD yang disediakan.

Oppo A12 juga memiliki pengimbas cap jari terbina dibahagian belakang, bateri 4230 mAh serta hadir dengan platform Android 9.0 (Pie) dengan antaramuka ColorOS 6.1. Peranti ini boleh didapati dalam warna hitam dan biru dan dijual di Indonesia dengan harga 24,99,000 Indonesian Rupiah (Sekitar RM699). Buat masa ini tiada maklumat untuk pasaran Malaysia.