OPPO Find X2 Lite Malaysia

Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo Find X2 Lite untuk pasaran Portugal. Bedasarkan rekaan dan spesifikasi, peranti ini seiras Oppo Reno3 Vitality yang dilancarkan dua bulan lalu untuk pasaran China. Peranti ini membawakan skrin AMOLED bersaiz 6.4 inci dengan pengimbas cap jari terbina dibawah skrin.

Oppo Find X2 Lite dikuasai oleh pemproses Snapdragon 765G 5G yang menyokong rangkaian 5G. Ia turut membawakan memori terbina dengan 128GB dan 8GB RAM serta dijalankan pada ColorOS7 yang berasaskan Android 10.

Untuk kamera, peranti ini menawarkan empat kamera dibelakang dengan kamera utama 48 Megapixel, 8 Megapixel kamera sudut lebar, 2 Megapixel kamera makro dan 2 Megapixel kamera portait. Untuk selfie pula ia hadir dengan kamera 32 Megapixel.

OPPO Find X2 Lite tampil dengan bateri 4025 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W. OPPO Find X2 Lite boleh didapati dengan Moonlight Black dan Pearl White 499.99 Euro atau bersamaan RM2399.