OnePlus baru sahaja mengumumkan dua model baru untuk pasaran tempatan iaitu OnePlus 8 dan juga OnePlus 8 Pro. kedua-dua model ini akan dijual bermula RM2899 untuk model OnePlus 8 dan bermula RM3699 untuk model OnePlus 8 Pro.
OnePlus 8 menampilkan skrin AMOLED sebesar 6.55 inci dengan resolusi 1080 x 2400 pixels (FHD+) serta menyokong HDR10+ dan kadar penyegaran 90Hz. Peranti ini juga hadir dengan pemproses Snapdragon 865, rangkaian 5G, Li-Po 4300 mAh dengan pengecasan 30W dan pengmbas cap jari dibawah skrin. [AdsPost]
Untuk kamera, OnePlus 8 menawarkan tiga kamera dibahagian belakang dengan sensor utama 48 Megapixel (F1.8, OIS), kamera sudut lebar 16 Megapixel (F2.2) dan kamera makro 2 Megapixel (F2.4). Untuk selfie pula, ia hadir dengan lensa 16 Megapixel (F2.0).
Bagi model OnePlus 8 Pro pula tampil dengan skrin yang lebih besar dan pada resolusi yang lebih tinggi iaitu skrin AMOLED 6.78 inci dan resolusi 1440 x 3168 pixels (QHD+). Peranti ini hadir dengan kadar penyegaran 120Hz dan turut menyokong HDR10+. Peranti ini turut dikuasai oleh pemproses Snapdragon 865 serta bateri Li-Po 4510 mAh cdengan pengecasan 30w.
Di bahagian belakang, versi Pro ini menggunakan aturan empat kamera dengan sensor utama 48 Megapixel (F1.8, OIS), lensa telefoto 8 Megapixel (F2.4, OIS, 3x optical zoom), lensa sudut lebar 48 Megapixel (F2.2) dan pengesan kedalaman 5 Megapixel (F2.4). Untuk selfie pula, peranti ini menggunakan sensor 16 Megapixel (F2.5).
Untuk pasaran Malaysia, OnePlus 8 hadir dengan dua variasi memori iaitu 8GB/128GB yang dijual pada harga RM2899 dan 12GB/256GB yang dijual pada harga RM3299. Manakala model Pro turut hadir dalam dua variasi memori iaitu 8GB/128GB yang dijual pada harga RM3699 dan 12GB/256GB berharga RM4099. Kedua-dua peranti ini boleh di pra-tempah mulai 24 April 2020.