Harga Realme 6 Pro Malaysia

Penghujung March yang lalu Realme Malaysia telah melancarkan model Realme 6 untuk pasaran tempatan dengan harga RM999. Ianya merupakan peranti pertengahan dengan skrin bersaiz 6.5″ FHD+, cip Mediatek Helio G90T dan empat kamera belakang dengan sensor utama 64 Megapixel.

Hari ini, Realme Malaysia menawarkan model Realme 6 Pro pula iaitu model yang lebih berkuasa dengan dua kamera selfie di bahagian hadapan. Peranti ini dijual dengan harga RM1399 yang boleh dibeli mulai 12 May ini.

Untuk spesifikasi Realme 6 Pro, peranti ini hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.6 inci dengan resolusi 1080 x 2400 pixels (FHD+). Peranti ini juga menawarkan paparan dengan kadar segar semula 90Hz dan pengesan sentuhan 120Hz.

Di bahagian dalam, Realme 6 Pro hadir dengan pemproses Qualcomm SM7125 Snapdragon 720G, sistem Android 10, 8GB RAM, 128GB memori dalaman serta bateri berkapasiti Li-Po 4300 mAh yang menyokong pengecasan 30W (VOOC 4.0).

Harga Realme 6 Pro Malaysia

Untuk kamera, Realme 6 Pro hadir dengan empat kamera belakang iaitu dengan sensor utama 64 Megapixel, lensa telefoto 12 Megapixel dengan 2x optikal zoom, 8 Megapixel kamera sudut lebar dan 2 Megapixel kamera makro. Untuk kamera selfie pula, peranti ini memuatkan dua lensa 16 dan 8 Megapixel.

Bagi yang berminat untuk dapatkan Realme 6 Pro, boleh membelinya melalui Lazada Malaysia pada 12 May ini. Anda juga boleh membeli melalui pengedar rasmi Realme bermula 16 May 2020.