Xiaomi Malaysia telah membawa masuk dua model baru untuk pasaran tempatan iaitu Xiaomi Redmi Note 9 dan juga Xiaomi Redmi Note 9 Pro. Ia boleh didapati dengan harga serendah RM649 untuk Redmi Note 9 dan RM1099 untuk model Redmi Note 9 Pro.

Untuk spesifikasi Xiaom Redmi Note 9, ia merupakan peranti dengan skrin IPS LCD 6.53 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixel. Peranti ini juga menawarkan pemproses MediaTek Helio G85 (12nm), dua pilihan memori 64GB/3GB RAM dan 128GB/4GB RAM serta hadir dengan bateri Li-Po 5020 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Untuk kamera, peranti kelas pertengahan ini hadir dengan empat kamera belakang dengan sensor utama 48 MP, f/1.8, sensor sudut lebar 8 MP, f/2.2 dan dua sensor 2 MP, f/2.4 untuk gambar makro dan juga portrait. Untuk selfie pula, peranti ini menggunakan kamera 13 MP, f/2.3.

Bagi spesifikasi Xiaomi Redmi Note 9 Pro pula tampil bergaya dengan skrin yang lebih besar serta kamera dan prestasi yang lebih baik. Ia hadir dengan skrin IPS bersaiz 6.67 inci dengn resolusi 1080 x 2400 pixels. Peranti ini turut dimuatkan dengan pemproses Snapdragon 720G dengan memori dalaman 128GB, 6GB RAM serta bateri Li-Po 5020 mAh dengan pengecas 30W.

Untuk kamera, peranti ini hadir dengan kamera utama 64 MP, f/1.9, kamera sudut lebar 8 MP, f/2.2, kamera makro 5 MP, f/2.4 dan 2 MP, f/2.4 pengesan kedalaman. Untuk selfie peranti ini menawarkan kamera 16 MP, f/2.5.

Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro akan ditawarkan bermula 18 May ini melalui jualan atas talian dan juga melalui pengedar rasmi Xiaomi seluruh negara. Harga Redmi Note 9 bermula RM649 untuk model 3GB/64GB dan RM749 untuk model 4GB/128GB. Model Pro pula akan dijual pada harga RM1099 untuk model 6GB/128GB.