Harga Xiaomi Mi TV Stick Malaysia

Xiaomi telah mengumumkan Mi TV Stick iaitu peranti khas untuk televisyen. Ia menjalankan Android TV 9.0 dan dilengkapi dengan Chromecast terbina yang membolehkan anda menyiarkan kandungan video 1080p melalui telefon pintar.

Ia juga dilengkapi dengan Mi Voice Remote iaitu alat kawalan jauh dengan butang pintasan Netflix dan Google Assistant untuk carian suara yang lebih mudah. Oleh kerana ia dilengkapi dengan Google Play, ia boleh memuat turun aplikasi dan permainan dengan mudah.

Untuk spesifikasi, Mi TV Stick hadir dengan pemproses Quad-Core, 1GB RAM dan juga 8GB memori dalaman. Ia juga menyokong WiFi 802.11 ac (2.4GHz / 5GHz), Bluetooth 4.2 serta port microUSB untuk kuasa. Untuk pasaran Malaysia, Mi TV Stick dilihat telah mula dijual di atas talian seperti Lazada dengan harga sekitar RM159.

Tags