Oppo mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan teknologi pengecas pantas 125W pada 15 Julai ini. Teknologi baru ini dikatakan mampu mengecas peranti dari 0% hingga 100% mengambil masa hanya 15 minit.

Oppo sebelum ini memperkenalkan pengecas 65W SuperVOOC yang telah digunakan pada model premium miliknya seperti siri Oppo Reno. Pengecas tersebut sudahpon menjadi antara terpantas dengan kemampuan mengecas penuh peranti dari 0% hanya dalam tempoh 30 minit.

Selain Oppo, Pengeluar smartphone seperti Vivo, Xiaomi dan iQOO juga akan turut melancarkan pengecas pantas 120W yang akan digunakan pada smartphone seawal bulan Ogos ini.

Tags