Akhirnya, Samsung telah mengesahkan bahawa akan melancarkan perdana terbarunya iaitu Samsung Galaxy Note 20 dan Galaxy Z Fold 2 pada acara Samsung Unpacked pada 5 Ogos ini. Samsung Unpacked kali ini akan dilakukan secara atas talian secara lansung yang boleh ditonton www.samsung.com pada jam 10 a.m. ET/7 a.m. PT.

Untuk tahun ini, Samsung dijangka melancarkan generasi ke-2 untuk Galaxy Z Fold. Peranti baru ini akan mendapat penambahbaikan termasuk menggunakan paparan kaca dan bukannya plastik sepertimana terdapat pada model sebelum ini.

Beberapa khabar angin juga mengatakan ia akan dilengkapi dengan stylus S Pen dan akan hadir dalam variasi yang lebih murah yang mungkin akan dikenali sebagai Galaxy Fold E atau Fold Lite. Peranti ini juga akan menyokong rangkaian 5G dengan pemproses Snapdrgon 865.

Untuk Galaxy Note 20 pula dijangka hadir dengan tiga variasi iaitu Galaxy Note 20, Note 20 Plus dan Note 20 Ultra.  Kesemua model akan hadir dengan rangkaian 5G dan tidak lagi menggunakan skrin lengkung.