Samsung telah menambah satu lagi model telefon pintar untuk siri Galaxy M dengan pelancaran model baru Galaxy M01s. Ia merupakan peranti mampu milik dengan ciri-ciri asas telefon pintar serta memiliki pengimbas cap jari di bahagian belakang.

Galaxy M01s menampilkan skrin HD+ jenis LCD PLS TFT Infinity-V bersaiz 6.2 inci dengan resolusi 720 x 1520 piksel. Ia dikuasakan oleh pemproses Octa-Core MediaTek Helio P22 yang dipasangkan dengan RAM 3GB dan storan dalaman 32GB yang dapat ditambah hingga 512 GB melalui microSD. Peranti ini juga dijalankan pada OneUI 1.1 yang berasaskan Android 9.0 (Pie).

Peranti ini juga hadir dengan dua kamera belakang dengan lensa utama 13MP (f/1.8) dan lensa bokeh 2MP (f/2.4). Manakala kamera selfie pula dimuatkan dengan sensor 8MP dengan bukaan f/2.0. Turut hadir bersama adalah bateri 4000mAh yang dicas melalui port microUSB.

Spesifikasi Samsung Galaxy M01s

  • Skrin 6.2-inci dengan resolusi 1520 × 720 pixel dan jenis PLS TFT LCD
  • Pemproses Octa-Core MediaTek Helio P22 dengan GPU PowerVR GE8320
  • RAM 3GB dengan Memori Dalaman 32GB
  • Platform Android 9.0 (Pie) Dengan One UI Core 1.1
  • Kamera 13MP (Utama) + 2MP (Bokeh)
  • Kamera Selfie 8MP
  • Pengimbas Cap Jari Di Belakang
  • Sokongan Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 b/g/n, Bluetooth 4.2
  • Bateri 4000mAh Dengan Pengecas MicroUSB
  • Pilihan Warna Biru, Dan Kelabu.
  • Harga Samsung Galaxy M01s Di Malaysia Dijangka Sekitar RM599

Samsung Galaxy M01s boleh didapati dalam warna kelabu dan biru dan akan dijual dengan harga INR 9,999 (Sekitar RM599) untuk pasaran India.