Vivo Y51s 5G Malaysia

Vivo telah mengumumkan smartphone mampu milik 5G iaitu Vivo Y51s 5G. Peranti keluaran negara China ini mempunyai skrin LCD FHD+ bersaiz 6.53 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 90.72%. Ia juga menempatkan kamera 8MP untuk selfie di penjuru kiri paparan hadapan.

Peranti ini dikuasakan oleh cip buatan Samsung iaitu Exynos 880 SoC dengan sokongan mod 5G SA/ NSA. Telefon ini juga menggunakan paip pelesapan haba dengan gabungan gel konduktif terma yang menjanjikan pengurangan suhu sehingga 10° C.

Vivo Y51s 5G memiliki tiga kamera belakang dengan sensor utama 48MP, sensor pengesan kedalaman 2MP dan sensor makro 2MP. Ia juga mempunyai pengimbas cap jari di sisi, bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W, 128GB memori dalaman, 6GB RAM serta dijalakan pada sistem Android 10.

Vivo Y51s hadir dalam warna Hitam, Biru dan Putih dengan harga jualan 1798 Yuan di China atau bersamaan RM999 di Malaysia.