Xiaomi Black Shark 3S Malaysia

Xiaomi baru saja mengumumkan peranti permainan mudah alih baru iaitu Black Shark 3S. Peranti ini dilengkapi dengan skrin FHD+ AMOLED bersaiz 6.67 inci dengan kadar penyegaran 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 270Hz.

Untuk prestasi, Black Shark 3S dikuasakan oleh Snapdragon 865 dengan RAM hingga 12GB serta memori terbina sihingga 512 GB. Peranti ini memiliki reka bentuk papan induk yang diletakkan di tengah-tengah dalam peranti supaya suhu lebih mendatar. Peranti ini juga mempunyai sistem penyejukan cecair untuk pelepasan haba yang lebih baik.

Peranti ini juga dijalankan dengan JoiUI 12 yang berasaskan Android 10. Ia menyokong fungsi skrin mirroring dimana anda boleh sambungkan paparan skrin ke monitor melalui USB Type-C dan bermain permainan kegemaran anda ke skrin yang lebih besar dengan menggunakan keyboard dan mouse.

Xiaomi Black Shark 3S Malaysia

Untuk kamera, peranti ini hadir dengan tiga lensa dibahagian belakang dengan kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 13MP dan 5MP kamera bokehl. Untuk selfie pula, peranti ini menggunakan kamera 20MP di bahagian depan.

Xiaomi Black Shark 3S hadir dengan bateri berkembar berkapasiti 4720mAh dengan sokongan pengecasan kilat pantas 65W serta pengecasan magnetik belakang 18W.

Black Shark 3S boleh didapati dalam warna Hitam dan Biru Kristal dengan harga jualan di China 3999 yuan untuk model 128GB, 4299 yuan untuk 256GB dan 4799 yuan untuk model 512GB. Untuk pasaran Malaysia, peranti ini dijangka bermula sekitar RM2499.