Xiaomi Black Shark 3S Malaysia

Setelah keluarkan beberapa gambar acah, Xiaomi hari ini mengesahkan bahawa ia akan memperkenalkan telefon pintar Black Shark 3S pada 31 Julai ini di China. Ia merupakan model pengganti kepada Black Shark 3 yang diperkenalkan pada bulan March lalu bersama dengan model Black Shark 3 Pro.

Oleh kerana ia bukanlah model pmbaharuan yang besar, peranti ini dikatakan mempunyai reka bentuk yang serupa dengan model sebelum ini, tetapi akan dikuasai oleh cip Snapdragon 865+ yang baru serta digandingkan dengan memori jenis UFS 3.1 yang lebih pantas.

Peranti ini juga bakal dilengkapi dengan paparan AMOLED bersaiz 6.67 inci dengan resolusi FullHD+, nisbah 20:9 dan kadar segar 120Hz. Skrin hadapan turut hadir dengan kadar pensampelan sentuhan 270Hz dan teknologi MEMC 3.0 untuk skrin yang lebih responsif.

Peranti khas untuk permainan mudah alih ini juga dikatakan turut membawa penambahbaikan pada sistem kamera, sistem penyejukan cecair yang lebih baik dan sebagainya.