Samsung telah mengumumkan telefon pintar Samsung Galaxy Z Fold2 bersama-sama dengan siri Galaxy Note20 awal bulan ini. Namun maklumat mengenai Galaxy Z Fold2 tidak diberitahu dengan terperinci. Ini kerana Samsung akan mengadakan acara Unpacked Part 2 khas untuk telefon tersebut pada 1 September akan datang.

Seperti yang telah didedahkan sebelum ini, Galaxy Z Fold2 hadir dengan paparan boleh lipat Infinity-O bersaiz 7.6 inci dengan kadar penyegaran 120Hz dan memiliki paparan kedua diluar jenis Infinity-O bersaiz 6.23 inci. Peranti ini menggunakan skrin ultra nipis yang sama terdapat pada model genarasi sebelum ini.

Ia memiliki lubang tunggal untuk kedua-dua bahagian skrin yang menempatkan kamera selfie 10 Megapixel. Kamera utamanya diletakan di bahagian belakang yang menggunakan tiga sensor 12 Megapixel.

Telefon ini juga dikuasakan oleh Snapdragon 865+ yang turut hadir bersama 256GB dan 12 GB RAM serta bateri Li-Po 4500 mAh dengan pengecas 25W. Untuk spesifikasi selanjutnya sama-sama kita nantikan pada acara Samsung Unpacked Part 2 yang berlangsung 1 September ini.