Asus akan melancarkan siri smartphone ZenFone 7 minggu hadapan iaitu pada 26 Ogos ini. Asus ZenFone 7 dijangka hadir dengan dua model yang menggunakan pemproses Snapdragon 765 untuk ZenFone 7 dan Snapdragon 865 untuk ZenFone 7 Pro.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pelancaran, gambar Asus Zenfone 7 telah tertiris di internet yang menampilkan rekaan kamera boleh lipat yang sama seperti generasi sebelum ini. Bezanya, model baru ini  dilengkapi dengan tiga kamera dan tiada pengimbas cap jari di bahagian belakang. Ia berkemungkinan diletakan di sisi untuk model Zenfone 7 yang menggunakan skrin LCD dan Zenfone 7 Pro yang menggunakan skrin AMOLED.

Tiga lensa tersebut dijangka hadir dengan sensor 64MP Sony IMX686 untuk kamera utama, sensor 12MP untuk lensa sudut lebar dan sensor 3D TOF. Kamera yang sama juga akan digunakan untuk mengambil gambar selfie.

Untuk spesifikasi penuh Asus Zenfone 7, sama-sama kita nantikan pada 26 Ogos ini.