Nokia telah melancarkan Nokia Media Streamer iaitu sebuah Android TV Box yang menjalankan platform Android 9.0 di India. Ia menawarkan pemutaran HD 1080p pada 60fps dan dilengkapi dengan dual-band Wi-Fi 2.4 GHz / 5 GHz dengan antena multi-I/O untuk penerimaan signal yang lebih baik.

Nokia Media Streamer juga didatangkan dengan Dolby Digital Audio dan alat kawalan jauh serta fungsi arahan suara melaui Google Assistant.

Untuk spesifikasi dalaman, Nokia Media Streamer menawarkan pemproses Quad-Core dengan Mali 450 GPU, 1GB RAM serta 8GB memori dalaman. Ia juga terbina dengan fungsi Chromecast membolehkan anda mainkan kandungan video ke TV melalui kawalan telefon pintar.

Nokia Media Streamer akan dijual untuk pasaran India dengan harga berharga Rs. 3499 (sekitar RM199) yang boleh didapati di Flipkart mulai 28 Ogos.