OPPO akan menambah satu lagi smartphone mampu milik di pasaran iaitu Oppo A53 yang akan dilancarkan pada 25 Ogos ini untuk pasaran India. Sebelum pasaran India, peranti ini telah diperkenalkan untuk pasaran Indonesia beberapa hari yang lalu.

Untuk spesifikasi Oppo A53 versi 2020 ini menampilkan paparan bersaiz 6.5 inci HD+ dengan kadar segar 90Hz. Ia juga memiliki lubang kamera selfie dengan sensor 16 megapiksel di bahagian hadapan. Kamera utama di bahagian belakang menggunakan gabungan tiga lensa dengan sensor 13 Megapixel dan dua lensa 2 Megapixel untuk makro dan portrait.

Oppo A53 dikuasakan oleh Snapdragon 460 terbaru dan menjalankan ColorOS 7.2 yang berasaskan Android 10. Ia turut dilengkapi dengan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Peranti ini hadir dengan satu variasi memori sahaja iaitu 64GB/4GB RAM dan turut menyokong slot tambahan microSD.

OPPO A53 hadir dalam warna Electric Black dan Fancy Blue dan akan dijual di India melalui laman Flipkart. Ia diperkenalkan di Indonesia dengan harga RP 2,499,000 atau sekitar RM699 untuk pasaran Malaysia.