Bagi yang sedang mencari smartphone mampu milik sekitar RM500, model baru Realme C12 mungkin anda boleh dipertimbangkan. Realme Malaysia baru sahaja mengumumkan model ini untuk pasaran tempatan yang akan dijual pada harga RM529.

Realme C12 hadir dengan skrin HD+ bersaiz 6.5 inci serta resolusi 720 x 1560 pixels. Peranti ini juga dikuasai oleh pemproses MediaTek Helio G35, 3GB RAM dan storan dalaman sebesar 32GB. Kelebihan peranti ini adalah mempunyai kapasiti bateri yang besar iaitu 6000mAh dengan kebolehan mengecas peranti lain. Namun malangnya, ia hanya disertakan oleh pengecas 10W yang agak perlahan.

Untuk kamera, peranti ini hadir dengan tiga kamera di belakang dengan kamera utama 13MP dan disertai oleh dua unit 2MP untuk kamera monokrom dan kamera makro. Di bahagian depan, peranti ini menggunakan 5MP untuk mengambil gambar selfie.

Fungsi lain yang terdapat pada terdapat pada Realme C12 termasuk sokongan dual Nano-SIM, pengimbas cap jari di bahagian belakang, FM Radio, Wi-Fi 802.11 b/g/n dan Bluetooth 5.0.

Harga Realme C12 di Malaysia ialah RM529 yang boleh didapati dengan pilihan warna merah dan biru. Bagi yang berminat boleh dapatkannya di Lazada Malaysia mulai 25 Ogos dan pengedar rasmi Realme sekitar anda mulai 31 Ogos 2020.