Baru-baru ini Samsung telah mengeluarkan kemaskini terbaru One UI 2.5 yang berasaskan Android 10 untuk siri Galaxy Note20 dan juga siri Galaxy Tab S7. Kini, Samsung telah mengeluarkan senarai penuh smartphone yang akan menerima kemaskini terbaru ini.

Antara smartphone Samsung Galaxy yang akan menerima kemaskini One UI 2.5 adalah :-

  • Galaxy S20 Ultra 5G
  • Galaxy S20 Ultra
  • Galaxy S20+ 5G
  • Galaxy S20+
  • Galaxy S20 5G
  • Galaxy S20
  • Galaxy S10 5G
  • Galaxy S10+
  • Galaxy S10
  • Galaxy S10e
  • Galaxy S10 Lite
  • Galaxy S9+
  • Galaxy S9
  • Galaxy Note10+ 5G
  • Galaxy Note10+
  • Galaxy Note10 5G
  • Galaxy Note10
  • Galaxy Note10 Lite
  • Galaxy Note9
  • Galaxy Z Flip 5G
  • Galaxy Z Flip
  • Galaxy Fold 5G
  • Galaxy Fold

Sedikit fungsi baru yang terdapat pada kemaskini One UI 2.5 termasuk kebolehan merakam video 8K pada 24fps, rakaman video dengan menggunakan nisbah 21:9 serta penggunaan mikrofon luaran dan menyokong kawalan arah mikrofon untuk mod Pro Video.

Untuk fungsi Samsung Dex, kini ia boleh di sambung ke TV menggunakan Miracast serta menyokong gerak isyarat multi-jari untuk menukar antara aplikasi.

Kemas kini terbaru ini juga membenarkan anda berkongsi WiFi password dengan peranti Galaxy berhampiran yang terdapat didalam senarai kenalan. Sebelum menyambung WiFi, kini anda boleh mengetahui kelajuan WiFi tersebut.

Kemas kini One UI 2.5 untuk telefon pintar Samsung Galaxy ini akan dilancarkan secara berperingkat di seluruh dunia dalam beberapa hari akan datang.