Realme telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan siri X7 baru yang merangkumi Realme X7 dan Realme X7 Pro di China pada 1 September. Syarikat itu telah mengesahkan bahawa mereka akan menggunakan paparan AMOLED 6.43 inci dengan kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 1200nits. Paparan juga menyokong penyesuaian kecerahan tahap 4096.
Bedasarkan gambar awal yang dikeluarkan Realme yang menunjukkan kemasan gradien spektrum dan logo “Dare To Leap” yang besar di bahagian belakang. Dibahagian belakangnya juga terdapat empat kamera yang terdiri daripada sensor utama 64 MP, 8 MP lensa ultrawide, dan dua lensa 2 MP untuk lensa makro dan bokeh.
Kedua-dua model ini dijangka mempunyai pengecasan kilat ultra-pantas 65W. Realme X7 dikatakan dilengkapi dengan bateri 4300mAh manakala Realme X7 Pro bakal menggunakan bateri 4500mAh.
Kami akan memberi anda maklumat lengkap Siri Realme X7, termasuk harga dan spesifikasi selepas model ini diumumkan pada 1 September ini.