Sony telah mengumumkan model kelas pertengahan baru iaitu Sony Xperia 8 Lite di Jepun. Peranti ini dilengkapi dengan skrin LCD FullHD+, nisbah 21:9, bersaiz 6.0 inci dan rekaan bezel yang besar di bahagian atas. Ia juga dikuasai oleh pemproses Octa-Core Snapdragon 630 yang dipasangkan bersama dengan 4GB RAM dan storan dalaman 64GB.

Sony Xperia 8 Lite dibina menggunakan kerangka logam dan dua panel depan dan belakang menggunakan lapisan kaca dari Corning Gorilla Glass 6. Ia juga memiliki pengimbas cap jari yang dipasang di sisi.

Untuk kamera, hanya dua kamera belakang digunakan dengan gabungan 12MP (aperture f/1.8) dan 8MP ( aperture f/2.4). Manakala kamera hadapan pula menggunakan kamera 8MP ( aperture f/2.0) untuk mengambil gambar selfie. Kameranya juga menyokong rakaman video 4K, rakaman gerak perlahan 120fps dan fungsi Steady Shot.

Malangnya Sony Xperia 8 Lite masih lagi menggunakan platform Android 9 Pie dan bukannya versi baru Android 10. Fungsi lain yang terdapat pada Sony Xperia 8 Lite termasuk sokongan 4G VoLTE, dual-band WiFi, Bluetooth 5.0, GPS, GLONASS, NFC, USB Type-C, 3.5mm jack serta hadir dengan bateri 2870mAh.

Xperia 8 Lite akan dijual di Jepum dengan harga 28,500 Yen (Sekitar RM1199) yang boleh dibeli mulai 1 September 2020 di Jepun. Buat masa ini masih belum ada maklumat mengenai ketersediaan untuk pasaran di luar Jepun.