Vivo telah melancarkan peranti mampu milik baru iaitu Vivo Y20 dan Y20i. Ia memiliki paparan HD+ bersaiz 6.51 inci serta dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 460. Terdapat tiga kamera dibahagian belakang yang hadir dengan kombinasi lensa  13MP utama + 2MP sensor kedalaman + 2MP sensor makro. Untuk kamera hadapan pula dilengkapi dengan lensa 8MP.

Vivo Y20i dan Y20 dilengkapi dengan bateri 5,000mAh dengan teknologi FlashCharge 18W yang menjanjikan jangka hayat bateri sehingga 16 jam untuk mainan video dan sehingga 11 jam untuk permainan. Peranti ini juga dipasang dengan pengimbas cap jari di sisi yang membuka kunci telefon hanya dalam tempoh 0.22s sahaja.

Ciri-siri lain yang terdapat pada kedua-dua peranti ini termasuk sokongan dual Nano-SIM, sokongan slot memori tambahan microSD, dual-band Wi-Fi, Bluetooth 5.0, FM radio serta picu audio 3.5mm.

Vivo Y20i hadir dalam warna Dawn White dan Nebula Blue, dengan harga Rs. 11,490 (Sekitar RM649) untuk versi 3GB/64GB. Vivo Y20 pula hadir dalam warna Obsidian Black dan Dawn White, dengan harga Rs. 12,990 (Sekitar RM699) untuk versi 4G/64GB. Perbezaan kedua-dua peranti ini hanyalah pada pilihan warna dan juga variasi RAM sahaja.